11 IPG telah dipilih sebagai perintis kepada Program IPG Lestari pada tahun 2011 termasuk IPG KPT. Program ini adalah kerjasama antara WWF Malaysia dan IPGM serta USM dan UPSI. Mulai 2012, Program IPG lestari merupakan penjenamaan (branding) kepada semua 27 IPG. Program ini telahpun dilancarkan oleh Menteri Pelajaran, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 22 April 2012 sempena Hari Bumi di IPGK Temenggung Ibrahim.